Monday, January 16, 2012

Bodoh??.....

Perkataan "bodoh"..... Ada sesetengah orang sangat sensitif  dengan perkataan ni..... Contoh :-

Situasi : Seorang lelaki tengah melepak dengan member-member dia, ada lah kawan perempuannya sekali....

Lelaki A : Pergh kau..... Semalam aku nampak dengan awek baik punya.....
Lelaki B : Hahahaaa..... Biar betol kau.... Semalam aku duduk rumah je....
Lelaki A : Eleh taknak mengaku lak.... siap peluk pinggang lagi.....
Lelaki B : Gila ko, orang lain kot tu..... Kau biar betul.......
Lelaki A : Hahaahahaaa.!.... aku main-main je lah.....
Lelaki B : Hahahaa.!... Bodoh.!.....
Lelaki A : Bodoh???....
Lelaki B : ?????......

Mungkin ada orang yang tak dapat menerima perkataan "bodoh" tu. Aku pun kadang-kadang terlepas juga perkataan ni. Entah lah, mungkin daripada aku kecil kot selalu guna perkataan ni dengan kawan-kawan kat kampung. Tempat kerja lama pun banyak kawan yang lebih berumur daripada aku. Aku pun selalu juga cakap "bodoh" dengan dia orang dan dia orang pun sama je kadang-kadang tu sampai tahap "bengong" pun ada,  takda apa nak kisah kot pada aku.

Gurau-gurau cakap bodoh takkan jadikan anda bodoh punya. Bodoh tu atas masing-masing punya cara fikir. "Orang yang paling bodoh adalah orang yang rasa dia pandai".

P/s : Maaf kepada sesiapa yang pernah aku lepaskan perkataan "bodoh" ni. Sesungguhnya takda niat untuk doakan anda menjadi bodoh.



3 comments:

  1. bodoh..saya selalu ckp saya bodoh..adakah ni bermakna sy pan***..adehh~ tak dpt terima kenyataan nihh!!! :p

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. terima kasih bodoh, buat susah2 je.... ^_^" ...

      Delete