Monday, March 28, 2011

Kalau Anda Ada Superpower... Nak Jadi Macam?...

Sesiapa yang dah kenal aku lama, terutama kawan-kawan baik aku... Mesti tahu yang aku suka dengan cerita Naruto. Rasanya ramai yang tahu cerita Naruto ni, takyah lah aku nak terangkan banyak lagi kan tentang cerita ni. Sebab aku minat cerita manga hasil idea Masashi Kishimoto ni kerana setiap character yang ada dalam cerita ni ada kuasa mereka yang tersendiri. Lagi, dengan jalan ceritanya yang menarik dan dengan costume masing-masing yang memang, pergh!!... Sebab aku minat siri Naruto ni, semestinya lah kan sebab character dalam cerita ni.

Superpower Yang Pertama :

Watak yang paling aku suka superpower dia adalah, Nara Shikamaru. Walaupun Naruto watak utama dalam cerita ni dengan "nama dia" kan, tapi aku tak suka naruto, diulangi tak suka!. 

Nara Shikamaru
Aku suka dengan Shikamaru bukan lah sebab kuasanya sangat, lagi pun kuasanya atau lebih familiar dengan panggilan "Kagemane no Jutsu"(aku suka sebot ni, hahaa...) atau dalam bahasa yang senang difahami "teknik perangkap bayang" tidak lah hebat sangat dan memerlukan pengaturan stategi yang sangat baik untuk mengalahkan lawannya. Shikamaru satu-satunya  Genin(bawahan/pelajar) yang dinaikkan pangkat kepada Chunin(pertengahan) setelah melepasi ujian. Ini adalah kerana Shikamaru seorang yang genius dengan IQ melebihi 200 tapi selalu mendapat markah yang rendah kerana malas menjawab soalan dan selalu tidur dalam ujian. Shikamaru juga berpendapat semua wanita dalam dunia ini suka mengarahkan orang dan menyusahkan. Mungkin pendapat sebegini adalah akibat sikap ibunya yang suka mengongkong keluarganya. Shikamaru berpendapat ibunya, Temari dan Ino adalah wanita yang paling menyusahkan. 

Kerana Shikamaru seorang yang genius, dia mampu mengaturkan satu stategi yang sangat menarik sehingga mampu menewaskan seorang anggota Akatsuki(pasukan pembelot) yang sangat terkenal dengan kuasa masing-masing yang sangat dasyat. Anggota Akatsuki yang Shikamaru bunuh tu adalah Hidan. Hidan juga lah yang membunuh guru team 10 iaitu team Shikamaru, Asuma. Salah satu kuasa yang ada pada Hidan ni adalah dia takkan mati, tapi Shikamaru ada cara macam mana nak "tamatkan" Hidan(em...susah nak cerita).

Hidan

P/s : Kepandaian adalah lebih penting berbanding sehebat mana pun kuasa yang kita ada. Ada kuasa hebat, tapi tak tahu cara nak guna sebaiknya pada aku "Zero".

Superpower Yang Kedua :

Superpower yang kedua aku suka, adalah superpower yang ada pada ketua organisasi Akatsuki, Pain. Pain adalah pembelot(watak jahat) daripada lima puak utama dalam siri Naruto iaitu daripada puak Hujan. Pain adalah seorang  yang sangat cool dan cepat berfikir cara untuk melawan. Aku tak tahu apa gelaran untuk superpower Pain ni, tapi ianya sangat menarik minat aku. Pain mempunyai yang mampu mengawal 6 badan dengan setiap satunya ada kuasanya masing-masing dan juga kuasa mata yang menarik yang mampu dibahagikan kepada keenam-enam jasad.

Pain
The Six Pain






Pain adalah Akatsuki yang membunuh salah seorang "Tiga Ninja Legenda (Densetsu no Sannin)" iaitu Jiraiya atau Naruto memanggilnya "Petapa Gatal" sebab sikapnya yang suka mengendap perempuan mandi. Jiraiya terkenal dengan teknik Senjutsu dan teknik penyeruan yang boleh menyeru mana-mana kodok daripada pergunungan Myobukuzan. Jiraiya juga merupakan guru kepada Pain ketika Pain masih kecil dan Jiraiya hanya mengajarnya asas pergerakan ninja. Teknik hebat lain yang ada pada Pain adalah hasil daripada latihannya sendiri bersama dua orang lagi kawan baiknya. Walaupun Jiraiya seorang yang sangat hebat, tetapi Pain mampu membunuhnya. Perlawanan antara dua watak yang hebat dalam siri Naruto ni(Jiraiya dan Pain) merupakan satu perlawanan yang menarik sepanjang sirinya pada aku.

Jiraiya


Dalam siri Naruto sekarang, Pain ini telah pun mati sebenarnya. Tapi dianya mati dibunuh oleh seorang yang aku tak berapa nak terima sangat iaitu Naruto si watak utama. Ialahkan watak utama kan, mana boleh mati. Lagi pun masa ni, Pain telah nazak kerana kecederaan hasil perlawanannya dengan Jiraiya sebelumnya.

P/s : Sehebat mana pun kuasa yang kita ada, kita tak dapat lari daripada kematian kan, "hakikatnya".


Superpower Yang Lain :

  • Morino Ibiki adalah ketua bagi Pasukan Penyeksaan dan Soal Siasat ANBU Konoha, Ibiki merupakan orang yang paling sesuai mereka ujian bahagian pertama tersebut. Malah, dia digelar sadis oleh beberapa orang. Ibiki berkebolehan menyeksa seseorang tanpa perlu menggunakan kekerasan. Dia mendalami psikologi manusia dan mampu mengawal minda dan fikiran seseorang.

Morino Ibiki (tengah/depan)

Merupakan pengadil dan pemeriksa bagi bahagian pertama Ujian Chunin. 
Kepala Ibiki dipenuhi dengan dengan kesan-kesan kebakaran, bekas-bekas lubang menandakan kepalanya pernah ditebuk dan parut-parut lain. Hal ini membuktikan Ibiki sendiri pernah melalui siri penyeksaan yang kejam dan menggambarkan keupayaannya untuk menghadapi seksaan azab tanpa membocorkan rahsia Konoha kepada pihak musuh. Best juga ada kuasa boleh baca minda orang kan. em...


  • Hyuga Hinata memiliki Byakugan. Hal ini bermakna Hinata mempunyai medan penglihatan hampir 360°. Dia juga mahir dalam teknik 'Juken' yang membolehkannya merosakkan aliran chakra pihak lawan dan organ dalamannya dengan satu sentuhan ringan. Hinata juga seorang yang comel, terpikat aku dengan dia ni (gila")...

Hyuga Hinata



No comments:

Post a Comment