Sunday, March 6, 2011

5 March Setiap Tahun Pada Aku, Bermula Tahun 2010. (Ini bukan cerita sedih)

5 March 2010 - Hari ini macam hari-hari biasa aku bangun nak pergi kerja. Agak awal lah gak aku bangun hari ni. Tapi bangun tidur pagi ni, badan aku rasa tak sedap macam nak demam, pening-pening, muntah, cirit birit pun. Gagahkan juga diri nak pergi kerja lepas mandi, tapi kawan aku nasihatkan aku pergi klinik buat medical checkup. Lagi pun pada waktu ni kes H1N1 tengah berleluasa, lagi pun kawasan rumah sewa aku ni kes denggi banyak juga. Sebab dah lain macam sangat rasanya badan ni, pergi jugalah klinik tu. Klinik yang aku pergi ni klinik kerajaan, lagi tu dah pukul sembilan lebih, bergegas-gegas sampai aku pun terlupa nak bawa handphone. Orang pun dah ramai, lama juga lah menunggu nombor. Walaupun lambat dapat jumpa doktor, bagi aku klinik kerajaan lagi bagus sebab dia akan ambil darah untuk pemeriksaan lanjut dan hari tu juga boleh tahu result darah, tak macam swasta(lambat tahu keputusan darah, mahal). Sampai giliran aku jumpa doktor, dah agak dah mesti nak ambil darah kan. Terpaksa lah ambil nombor tunggu giliran ambil darah lak, lepas ambil darah ambil nombor lagi untuk klinik makmal darah. Hanya untuk sekeping kertas result darah tu, masa dua jam juga lah habis. Jumpa semula doktor yang tadi tu, doktor bertanyakan apa-apa yang patut. Aku merasa pelik, kenapa lah doktor ni dok tanya macam-macam, aku jumpa doktor ke polis ni. Setelah habis semuanya doktor tu tanya, dia menyuruh aku tunggu dalam bilik tempat aku ambil darah tadi dengan membawa satu surat daripada doktor tu. Di bilik tu, ada seorang medical assistant lelaki kat situ, suruh aku duduk. Buka laci yang ada kat sebelah aku, ambil sesuatu. Rupanya dia ambil satu jarum, aku merasa pelik lah kenapa sampai nak masukkan jarum lak ni. Dia cakap air dalam badah aku kurang, sebab tulah kena masuk air aku pun tak kisah lah. Agak sakit juga lah, maklum lah ni kali pertama seumur hidup aku kena cucuk jarum ni. Masuk jarum, masuk air dia suruh aku tunggu kat situ. Pelik, nak tunggu apa ni?. Tunggu ya, jap lagi ada ambulan bawa awak pergi hospital, dia pun pergi melayan pesakit lain, tak sempat aku nak tanya lanjut. Em?. Kenapa sampai nak ke hospital lak ni. Aku buntu juga masa ni, dah phon tertinggal, fikir nak pergi kerja lagi. Tak lama lepas tu ada ambulan datang, aku tak lah rasa lemah mana. Masih boleh berjalan, tapi nurse-nurse kat situ memapah aku macam apa dah. First time naik ambulan ni, aku nak duduk je tapi dipaksa baring, baring je lah. Dengan bising bunyi siren dan lajunya ambulan tu, aku di bawa ke hospital. Sampai satu simpang ni, driver ambulan ni baik punya ambil lap. Aku sampai nak jatuh dari katil tu, tiada kegunaan betul. Aku dah macam tu, pembantu driver tu boleh tanya lagi aku ok ke tak. Em, apa nak buat kan, aku senyum kambing je lah.




Sesampai di Hospital - Aku disambut bagai menteri di unit kecemasan hospital tu, punya lah ramai yang tengok. Segan gak lah aku, macam sakit teruk sangat je padahal boleh je nak jalan lagi. Aku pun dibawalah ke wad pengawalan kecemasan. Selalunya di wad ni untuk orang-orang yang kemalangan je, tapi aku tak pun. Dapat la aku tengok macam-macam jenis orang yang cedera baru lepas kemalangan dalam wad ni, seram doi. Kat wad ni, lepas sorang-sorang doktor datang check aku. Macam-macam soalan, aku dah lah agak pening kepala tanya lak macam-macam kan. Em, nak buat macam mana, orang sakit teruk(konon-konon) hahaa. Tak lama lepas tu, aku dipindahkan lah ke wad biasa, hari pun dah petang sekarang ni. Di wad ni aku, aku berborak-borak lah dengan jiran-jiran katil sebelah-menyebelah kat situ. Tanya sakit apa, katil kiri cakap denggi, katil kanan cakap denggi, katil depan cakap denggi, aku syak aku pun sama lah kot. Tak lama lepas tu, baru lah ada nurse datang ambil tekanan darah, suhu badah. Siap check, dia cakap "tunggu kat katil ni dulu ya, lepas ni nak pindah ke ICU(Intensive Care Unit)". ICU???. Adoi, kenapa lak sampai nak kena masuk ICU ni, denggi berdarah ke aku ni?. Tengah aku buntu memikir, kawan sepejabat aku datang bersama manager aku sekali. Borak-borak, dia orang pun pelik kenapa lah aku sampai nak kena msuk ICU. Tanpa membahtah banyak aku mengikut lah apa yang doktor cakap, masuk lah ICU aku malam tu.

Di Wad ICU - Bilik ni sejuk dia lain macam, alatannya bermacam-macam. Dah lah bunyi bising satu-satu machine ni, seram-seram lak tu rupa masing-masing(macam gangster) hahaa. Macam-macam alat yang dilekatkan kat badan, masuk ubat apa-apa tah dengan air nya yang berbotol-botol lagi. Tak lama lepas tu, adik lelaki aku datang melawat aku, kebetulan tempat dia belajar tak berapa jauh dengan hospital ni. Agak menggelikan hati aku juga lah adik aku ni, sampai-sampai je dekat dengan aku, dia boleh menangis. Muka ganas dah, tapi hati lembut juga rupanya. Untung juga rasa ada adik yang menangis sebab aku kan. Lama juga dia duk jaga aku masa tu, sampai pukul 10 malam waktu melawat dah habis kan. Dia pun pulang lah, dengan mata yang merah-merah, nak tergelak pun ada. Di wad ICU, setiap pesakit akan ada seorang nurse khas untuk seorang pesakit. Malam ni, aku di jaga oleh seorang kakak yang aku agakkan berumur dekat-dekat 30 tahun. Peramah orang nya, macam-macam dibualkan. Aku melihat orang di sebelah kanan katil aku. Seorang lelaki sedang coma terbaring dengan alatannya yang lebih menyeramkan lagi daripada apa yang ada pada aku. Kakak nurse tu cakap dia kemalangan jalan raya. Kesian tengok, timbul rasa insaf dalam hati aku. Tengok sebelah kiri katil aku lak, ada seorang pakcik berusia lebih kurang 60 tahun. Pakcik baru lepas menjalani operation jantung dan masih tak sedar kan diri. Malam ni, susah untuk aku tidur sebab terganggu dengan bunyi bising yang lain macam daripada semua machine tu dah sejuk yang terlampau walaupun dah berselimut. Setelah hampir pukul 4 pagi, barulah aku boleh lelapkan mata. Pagi itu aku bangun tidur, tapi kali ini aku tak terkejut oleh bunyi alarm jam tetapi dengan bunyi tangisan. Aku memandang ke katil yang berada di sebelah kanan aku, melihat katil diselindungi dengan lansir. Aku pelik. Sampai masa, kakak nurse yang jaga aku tu datang untuk buat pemeriksaan rutin biasa. Baru aku tahu, rupanya mangsa kemalangan tu meninggal dunia. Aku hanya mampu berdiam diri, aku doakan agar dia ditempatkan bersama orang yang beriman. Hari semakin lama semakin siang, aku pun merasakan sampai masanya untuk aku mandi. Pagi ni, nurse lain yang menjaga aku, kakak-kakak juga. Aku tanya lah nak mandi kat mana, dia cakap lah "takpa, baring je dulu, nanti ada orang datang mandikan". Mandikan?. Pelik bunyinya kan?. hahaa. Tak lama lepas tu , datang dua orang nurse dengan membawa alatan untuk mandikan aku. Alamak, dah lah nurse perempuan. Lansir katil aku ditutup, baju aku dibuka nasib baik seluar tak kena buka juga. hahaa. Badan aku pun dilap-lap dengan kain yang dibasahkan dengan air sabun. Sejuk tak terkata, tapi rasa seronok pun ada. hahahaa.... Siap mandi, aku kena tukar pakaian hospital. Tapi kali ni aku kena lah tanggal seluar sekali kan. Nasib baik lah aku pakai seluar pendek kat dalam(boxer), kalau tak tak tahu lah aku, tak terbayang. Tiada apa yang seronok sangat hari ni(seronok ke dok hospital?), aku hanya sambung tidur aku yang tak cukup.

Yang Best di ICU - Di sebelah malam hari ni, sekali lagi shift nurse ni bertukar. Pada malam ni aku di jaga oleh seorang nurse yang lebih kurang sebaya dengan aku. Hanya mata dia je yang aku dapat lihat dari dekat sebab dia harus memakai mask untuk dekat dengan pesakit. Cantik lah mata dia. Tiba-tiba hati aku rasa semacam, walaupun hanya dapat melihat bahagian mata je kan. Dengan suara yang lemah-lembut pada aku, dia tanya kan keadaan semasa aku. Aku dengan suara yang lemah-lembut juga(konon-konon :-p) menjawab. Setiap kali sebelum dan selepas menyentuh pesakit, menjadi kewajipan rasanya untuk setiap nurse mencuci tangan. Kebetulan di hadapan katil aku terletaknya sink membasuh tangan. Malam ni, mata aku hanya memerhatikan nurse ni je(mesti korang ingat aku gatai kan), sebab apa lagi yang aku boleh buat. Nak lepak mamak jauh sekali. hahaa. Apa yang aku perhatikan semasa setiap nurse wad ini mencuci tangan, nurse yang bermata cantik ni je yang akan menarik tisu tanpa koyak walaupun tempat tisu itu agak tersangkut. Mungkin kebetulan semasa dia menarik tisu itu tak terkoyak. Berkali-kali juga aku perhatikan, semakin pelik aku. Hanya dia seorang yang tarik tanpa koyak tisu tu. Sepanjang malam tu aku perhatikan, sampai tak tidur. Tengok jam, dah dekat pukul 3 pagi, tapi aku tak tidur-tidur lagi. Tiba-tiba perut aku rasa sejuk sangat, aku mengangkat tangan untuk memanggil nurse. Aku pun mengadu lah, nurse itu cakap "saya buat kan air panas nak tak?". Aku fikir ok gak, mana lah tahu kan boleh hangat sikit. Dia buat kan air chocolate, sedap lah air tu. Rindu lak nak merasa air chocolate yang macam tu lagi. Semalam tu aku hanya memerhatikan nurse tu je. Entahlah, dia menarik perhatian aku.. Kesana-kesini aku tengok, bila dia tengok aku, aku buat-buat pejam mata, hahaa... kelakar lak rasa. Semakin lama, hari pun semakin nak siang. Selepas dimandikan pagi tu barulah aku tidur, masa ni shift nurse tu dah habis, sebab tu aku tidur.hahaa.... Malam tu, nurse tu masuk bertugas. Tapi malam ni dia menjaga pesakit lain. Seperti malam sebelumnya, aku hanya memerhatikan dia. Setiap tisu yang ditarik masik tidak koyak. Selepas empat hari, aku pun dikeluarkan daripada ICU. Masuk wad biasa, tak jumpa lagi dah nurse yang bermata cantik tu lagi lepas tu. Macam-macam aku rancang masa tu, nak cari semula lah nurse tu lepas baik nanti, nak hadiah kan bunga lah tanda terima kasih, chocolate lah untuk gantikan air chocolate tu. Tapi apakan daya, aku masih tidak berpeluang sampai sekarang setelah aku mengetahui penyakit aku yang sebenar. Penyakit apa tu, rasanya dah ada yang tahu kalau siapa pernah membaca kisah aku sebelum  ni. Seminggu di hospital tu, aku boleh berpindah di hospital yang berhampiran dengan rumah parents aku, senang ada orang nak jaga.

Di Hospital Baru - Kat hosital baru ni, suasana pun lain. Kemudahan pun kurang siket daripada hospital sebelum ni, tapi nurse-nurse dia tetap peramah. Kat hospital ni banyak doktor pelatih. Dalam banyak-banyak doktor pelatih ni, ada seorang doktor perempuan ni yang agak menarik perhatian aku. Mungkin sebab mata juga, sebab hanya mata yang dapat aku tengok kan. Doktor ni bercermin mata, dengan sedikit celak di mata, sesuai sangat. Dia memberi tahu aku, selama dia menjadi pelatih kat hospital ni, dia yang akan jaga aku. Aku cakap bagus lah kalau macam tu kan. Setiap kali jikalau jarum tempat masuk air aku tu bengkak, menjadi tugas doktor ni untuk menggantikannya. Masa yang diambil untuk mencocok ni selalunya lama, sebab doktor pelatih kan masih belajar, kadang-kadang sampai berkali-kali. Pada aku takpa lah, sabab masa ini dia akan berbual-bual lama dengan aku. Walaupun sakit kena cocok jarum-jarum tu, tapi aku rasa seronok sangat, gila dah kot aku ni. hahaa... Selalunya jarum ni akan bertahan selama 3-4 hari, tapi aku tiap-tiap hari suruh tukar, konon-kononnya dah sakit. Sebabnya hanya untuk tujuan itu. Setelah hampir dua minggu, tanpa sedar, setelah menukar jarum pada satu malam tu doktor tu cakap yang dia akan bercuti seminggu bermula isnin yang akan datang dan akan ada doktor lain yang ganti. Doktor ganti ni doktor pelatih juga, perempuan juga tapi rasa lain je, tak sama. Di hospital ni, hampir tiap-tiap malam aku menangis di atas katil sebab mengenagkan sakit aku ni, masa depan aku. Tak sedar seminggu pun berlalu walaupun rasanya dah macam setahun. Seperti biasa mata aku macam dah tak tahu nak berhenti mengalirkan air mata, tiba-tiba aku disapa oleh seseorang, "awak sabar tau, awak antara orang-orang yang terpilih oleh-Nya untuk menerima ujian ni". Aku menoleh, aku melihat rupanya doktor itu telah kembali bertugas. Tiba-tiba je mulut aku mengatakan jarum aku tu dah sakit walaupun hakikatnya tak pun. Doktor tu pun menjalankan tugasnya memasangkan jarum yang baru, ketika ini baru lah aku terperasan yang jari doktor tu berinai. Mulut aku berat untuk bertanyakan pasal inai itu, aku hanya menganggap dalam hati, mungkin dia balik seminggu untuk bertunang ataupun sepertinya. Aku hanya bertanyakan tentang soal-soal lain, seronok tak bercuti, sangat seronok katanya, em?... Semakin hari, semakin baik rasanya teknik mencocok doktor ni sebab dah kurang sakitnya. Tak tahu lah kalau tangan aku yang dah kebah dicocok. Sebulan lepas tu barulah aku dibenarkan keluar hospital tetapi kena datang semula selepas seminggu. Tetapi kali ni tiada lagi doktor pelatih itu termasuklah doktor pelatih yang lain-lain tu. Mungkin tempoh latihannya telah tamat. Masih aku teringatkan kata-kata doktor tu "awak sabar tau, awak antara orang-orang yang terpilih oleh-Nya untuk menerima ujian ni". Ini lah penguat semangat aku, harap dapat jumpa dengan dia lagi.



Cerita Kali Ini - Cerita kali ni aku taknak lah ceritakan yang sedih sangat, ni antara cerita-cerita yang aku rasakan best selama kat hospital. Walaupun banyak lagi cerita lain-lain yang best dan kelakar, kisah si bangla, kisah si penjenayah yang sakit, kisah seorang kawan senasib, kisah kakak aku. Tapi rasanya lenguh dah jari-jari ni nak menaip untuk ruangan ni, mungkin dilain karangan. Pesanan aku, teruskan menjaga kesihatan anda OK.

TAMAT(untuk kali ni).......

3 comments:

  1. Mungkin awak tak ingat saya...tapi saya kawan awak...saya dah baca kisah awak...sedih sangat, teresak2 menangis...terima kasih sebab ceritakan semua tu sebab ianya jadi pengajaran pada saya...ALLAH hanya menguji orang yang kuat macam awak...tabahlah hadapi semua ni tau!!!harap awak akan sembuh sepenuhnya dan dapat hidup seperti apa yang awak impikan...amin...

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi baca... boleh bagi tahu siapa ni tak.?... InsyaAllah, akan dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  3. sekali lagi.....cepatlah sembuh!!! walaupon post ni dah lama...kamu still buat yg terbaik utk hidup kamu!!

    ReplyDelete