Tuesday, March 13, 2012

Tentang Jodoh...

Pada suatu hari yang membosan kan, aku berjalan ke kedai untuk mencari jodoh. Sesampainya di kedai.....

Aku : Assalamualaikum....
Tuan kedai : Waalaikummussalam...... ya dik, mahu cari apa?....
Aku : em... kat sini ada juah jodoh tak?....
Tuan kedai : Oh, jodoh..... ada-ada..... adik nak yang jenis macam mana?....
Aku : Apa jenis yang ada?....
Tuan kedai : Kat sini ada dua jenis jodoh...... Satu jenis jodoh daripada Allah dan yang lagi satu ni jenis jodoh daripada nafsu....
Aku : Kenapa jodoh yang daripada Allah ni sikit sangat?....
Tuan kedai : Haah dik, jodoh jenis ni susah nak jumpa..... Kalau ada pun tak semua orang boleh dapat.....
Aku : Kenapa?.... Mahal sangat ke?.....
Tuan kedai : Memang mahal dik.... Kalau nak jodoh jenis ni kena buat banyak perkara..... Kena banyakkan  kan amalan sunat, kena banyak kan solat hajat, tidak meninggalkan perkara-perkara yang wajib, meninggalkan yang haram, kena tahu macam mana hendak menjadi seorang suami yang soleh, bertanggungjawab dan banyak lagi lah.....
Aku : Uish....... Susahnya..... Tapi kalau jodoh yang jenis daripada nafsu ni lak macam mana?....
Tuan kedai : Yang ni senang je dik..... kalau adik pandai mengayat sikit, pandai bergaya, takyah risau perkara-perkara utama yang lebih penting..... dapat lah....
Aku : Jauhnya beza..... Tapi yang mana boleh tahan lama?.....
Tuan kedai : Macam biasa lah dik kalau benda yang susah nak dapat ni akan kekal lama.... boleh kekal sampai ke syurga, InsyaAllah......
Aku : Kalau macam tu, saya nak yang jodoh daripada Allah ni lah.....
Tuan kedai : Mari sini dik, saya nak check dulu cukup belum modalnya.............. em... nampak nya masih belum cukup lah dik, banyak lagi yang tak cukup ni..... Tapi kalau nak yang satu jenis lagi ni cukup sangat dah.....
Aku : Em???..................(masih fikir sampai saat ni.......)

"Manusia akan bercinta lagi di syurga - tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah". (buku Tentang Cinta- Pahrol Mohd Juoi)

Tuesday, January 17, 2012

Pantang Lama, Pantang Alpa

Pantang Lama : Kepada suami yang isterinya mengandung, tak boleh mencederakan haiwan lain. Takut-takut anak yang bakal dilahirkan akan mengalami kecacatan.
Pantang Alpa : Suami-suami sekarang lagi syok main angry bird, isteri yang mengandung panggil pun tak dengar.

Pantang Lama : Jangan tunjuk pelangi dengan jari, nanti jari kena potong. Boleh tunjuk dengan benda lain, bibir ke, siku ke, mata ke.
Pantang Alpa : Oi.... aku tahu lah pelangi tu lawa, tapi yang ko pegi pijak kaki aku ni apa hal.

Pantang Lama : Anak dara jangan nyanyi kat dapur, nanti dapat suami orang tua.
Pantang Alpa : Dah ada member record video dan upload kat youtube / facebook. Sampai ke tua tak kawin.

Pantang Lama : Jangan lupa basuh kaki sebelum tidur, nanti mimpi benda-benda yang tak elok.
Pantang Alpa : Kawan dah ikat tali kasut pada ibu jari kaki korang yang tak basuh tu kat katil. Bila bangun, jalan, GANG.!...... PEDIH S****!.....

Pantang Lama : Jangan main sorok-sorok(sembunyi) malam-malam, nanti kena sorok dengan hantu "k****".
Pantang Alpa : Ada anak-anak remaja sekarang berdua-duaan "main" sorok-sorok. Camano tu?....



*Pantang apa lagi yang korang pernah dengar?. Pantang ni tak salah kalau nak ikut, selagi tak melanggar hukum agama. Kerana mungkin ada sebab kenapa pantang ni dicipta oleh nenek-moyang kita dulu. Itulah indahnya budaya melayu, bangsa lain aku tak tahu lak kalau ada pantang juga(tak pernah dengar).