Friday, April 1, 2011

April Fool!!!.... April Fool???.... APRIL FOOL OTAK KO!!!.....

Pada suatu masa dahulu, ada dua orang lelaki yang bersahabat baik. Saiful, salah seorang daripada mereka telah pun berumah tangga dan memiliki seorang anak yang baru dilahirkan kira-kira 6 bulan. Mereka berdua juga sama-sama berkerja di sebuah syarikat periklanan terkenal dan memiliki taraf hidup yang lebih kurang sama. Setelah mendirikan rumah tangga, Saiful bersama isteri dan anaknya berpindah ke sebuah rumah baru yang tak berapa jauh daripada rumah sahabatnya itu dengan harapan kawannya itu dapat menghulurkan bantuan ketika dia memerlukannya. Semasa proses pemindahan barang-barang rumah, sahabatnya itu banyak membantu dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Setelah hampir sebulan di rumah baru, kehidupan Saiful semakin baik dan bahagia cuma yang menjadi masalah di kawasan perumahan baru ialah kurangnya kemudahan awam serta kedai-kedai. Ketika waktu malam, keadaan menjadi semakin sukar bagi Saiful kerana terpaksa memandu kereta agak jauh walaupun hanya untuk mengisi minyak.

Pada suatu malam, ketika Saiful dan isterinya baru nak masuk tidur, anaknya yang berusia 7 bulan itu menangis tak henti-henti. Suhu badan anaknya sangat panas, Saiful merasakan anaknya itu mungkin diserang demam panas. Dengan jam pun hampir menunjukkan pukul 12 malam, dia bergegas untuk membawa anaknya ke klinik yang berdekatan. Dengan tergesa-gesa, Saiful mencapai kunci kereta, wallet dan telefon bimbitnya. Sesampainya di kereta, dia merasa sangat terkejut kerana keempat-empat tayar keretanya telah hilang. Saiful menjadi sangat tak tentu arah, tambahan lagi kawasan itu tiada kemudahan teksi pada waktu-waktu ini. Tiba-tiba dia terfikir untuk menelifon sahabat baiknya untuk meminta bantuan.




Saiful : Hello!... Hello!.... "Sahabat baik" tolong aku!... Tolong datang rumah aku sekarang!!!... Tolong!!!...
Sahabat Baik : Hahahaaa!!!... APRIL FOOL!!!...
Saiful : APRIL FOOL???.... APRIL FOOL OTAK KO!!!...
Sahabat Baik : Hahahaa!!!...Alah, relax lah geng.... Jap lagi aku datang lah bawa tayar ko.... hahahaaa!!!...
Saiful : Tayar?... Eh???.... Macam mana ko?......
Sahabat Baik : Aku lah... Hahahaa....
Tettt.......... (line dimatikan....)
Sahabat Baik : Hello??... Hello???..... Em?...



Sahabat baik merasa tak sedap hati, bergegas ke rumah Saiful dengan membawar tayar-tayarnya.

Tak lama selepas itu, sahabat baik pun sampai di rumah Saiful dan bergegas-gegas membawa anak Saiful ke klinik berhampiran, tetapi malangnya anak Saiful meninggal dalam perjalanan.

Inilah April Fool yang sangat "kelakar", bermakna dan tak dapat mereka lupakan sampai mati.

*P/s : Cerita ini hanya rekaan aku semata-mata berdasarkan apa yang terlintas di akal. Sesungguhnya, April Fool sememangnya "FOOL". Tak perlulah kita untuk mengikuti budaya yang "sangat bagus" ini.

Tamat, Terima kasih.

No comments:

Post a Comment