Sunday, June 12, 2011

:: Perfume 2 Puteri :: (siri 1)

Kring!!!............ Seperti hari-hari kelas biasa, jam yang dikunci pada handphone aku akan berbunyi setiap pukul 6 pagi dan seperti biasa-biasanya juga aku akan menekan butang tunda waktu. Kembali tidur, menyambung mimpi yang tergendala dan tersenyum kepuasan. Kring!!!........., bunyi jam kembali mengganggu, malasnya nak bangun. Dengan beratnya perasaan nak bangun, aku gagahkan jugalah. Duduk disisi katil sambil mendengar jam yang masih tak berhenti berbunyi, ambil handphone, tengok waktu. Adoi!, dah pukul 7 pagi, seperti biasalah baru nak rasa menyesal bangun lambat, berjanji dengan diri, esok tak akan ulang lagi perkara ni, sama macam hari-hari yang lepas, hahaa!!!. Bergegas nak pergi mandi, tapi pagi ini aku terasa agak pelik dengan budak satu bilik aku ni. Dia ni budak sekampung aku, namanya Hafiz tapi semua orang panggil dia Api, sebab dia ni ada masalah "mental" siket. Pantang ada budak cari pasal siket, pasti dia ni lah muka depan masa bergaduh. Dia ni pun kira "otai" juga lah kat kolej aku ni, tanya je siapa pasti kenal. Tapi, dia ni baik dengan budak yang baik dengan dia, senang kalau minta tolong, pandai menghiburkan hati kawan-kawan serumah kira kalau dia takda tu senyap juga lah rumah. Dia ni selalunya kelas dah start baru nak bangun tidur, tapi pagi ni dah berbaju pasal dah, siap pakai minyak wangi.

Aku : Kau ni demam ke Api?...
Api : Kau tu yang demam, nak pergi mandi bawak towel doi, yang kau bawak selimut tu apesal?...
Aku : Em... adoi... mamai, biasalah. (letak selimut, ambil towel.) Kau ni awal lak siap pagi ni?... Selalu orang balik kelas kau baru nak bangun tidur. Siap menyemat lagi, minyak wangi pasal.
Api : Betul lah ko ni demam. Dah lah, aku dah lambat ni. Layan kau ni, merugikan sedetik masa aku yang berharga hari ni tau tak. Dah, caww. (keluar bilik dengan bau yang wangi yang luar daipada kebiasaan.)
Aku : ???.....

7.30 pagi, aku pun bergegas turun ketempat menunggu bas dengan baju ala kadar, rambut semacam. Nasib baik aku sempat lagi naik bas pagi ni, kalu tak kena tunggu pukul 8.30, aku bab-bab menunggu ni "lebam" siket.

Di kolej, nampaknya hari ni meriahnya lebih daripada kebiasaan. Biasalahkan, mungkin ada aktiviti perasmian ke apa ke, tapi aku tak pernah nak hadirkan diri pon. Jalan-jalan, aku nampak lah si Api ni dengan seorang budak perempuan yang aku tak pernah nampak pon sebelom ni, biasa lah dia ni kalau nampak perempuan cun sikit. Berjalan ke kelas, aku terperasan banyak betul budak yang aku tak pernah nampak, tapi aku buat-buat tak kisah sampai lah aku ternampak satu poster tertulis " Selamat Datang Kepada Pelajar-Pelajar Baru". Terpana aku, macam mana lah aku boleh tak tahu hari ni hari kemasukan budak-budak baru. Muka semua suci je aku tengok, biasa lah kan, "junior". Boleh tahan gak rupa masing-masing junior aku ni. Tapi aku ni jenis susah siket nak terpikat ni, apa nak nak mengayat-ngayat ni. Sampai kat kelas, berapa ketul je budak lelaki yang ada, aku rasa yang lain tu pergi "jual minyak" kot. Aku macam kebiasaannya sebelum lecture masuk, aku duduk layan ipod aku sampai lebam telinga. Mengantuk mata aku ni datang balik, ni lah jadi kalau orang tidur aku duduk lepak kat mamak layan bola, lecture takda lagi, layan tidur balik. Zzz......... Baru mimpi best nak datang, lecture aku dah sampai dulu, potong baik punya, adoi. Dengan mata yang lebam, kelas pun bermula. Kelas English lak tu, lagi lah bertambah lebam mata aku, nak-taknak, tahan je lah. Totet-totet, tiga jam pun habis dengan aku satu haram pun tak masuk dalam kepala aku. Mata aku yang mengantok gaban tadi kembali segar, maklumlah kelas dah habis boleh pergi melepak.

Sambil melayan ipod yang berdundam-dundam, aku pun berjalah ke tempat aku dengan kawan-kawan aku biasa melepak. Berjalan punya berjalan di satu lorong ni, aku pun tenampak sekumpulan adik-adik junior perempuan kat depan yang bakal berselisih. Makin dekat dan makin dekat, aku hanya tersenyum melihat sekumpulan adik ni. Berselisih, aku terhenti berjalan, ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Aku terhidu bau perfume yang aku suka daripada sekumpulan junior tu, sudah lama aku rindukan bau perfume ni. Tapi, datang daripada siapa aku pun tak pasti, takkan aku nak pergi hidu sorang-sorang kan, mahu makan kasut aku. Kerana tertarik, aku pun berpatah balik dan follow lah junior-junior ni. Tujuan aku hanya nak tahu siapa yang pakai perfume tu. Follow punya follow, aku tak sedar sampai ke kawasan toilet. Macam buat rombongan sambil belajar, junior-junior ni masuk ke toilet secara berjemaah. Aku takkan nak masuk juga kan agak-agak ah. Aku berkata dalam hati, ni kalau nak tunggu keluar adik-adik ni mahu makan masa tiga hari. Seperti biasalah perkara yang paling malas aku nak buat, menunggu. Aku pun berpatah harapan kali ni, mungkin lain kali aku boleh tahu siapa kot. Takpa lah tu, aku pun blah lah pergi melepak makan-makan sebelum masuk kelas petang.

Kelip tak kelip mata, hampir sebulan dah peristiwa ni berlaku. Aku masih tercari-cari siapa yang pakai perfume yang aku suka tu. Setiap kali aku dekat dengan adik-adik junior perempuan aku akan curi bau sorang-sorang, kadang-kadang tu yang berbau tak sepatutnya pun ada, Fuh!!!. Kerana terlalu gairah nak mencuri bau-bauan ni, pernah sekali tu terkantoi juga. Ada lah seorang adik junior ni, chubby dalam bahasa sopannya(aku tak cakap gemuk ok), masa ni tengah memilih makanan kat satu tempat makan dan dia berada di sebelah aku. Aku mendekatkan diri supaya aku dapat curi bau lah kan, menarik nafas. Wangi gak..... Em?.. macam ya... em?... bukan-bukan.... em?... haah, bukan... . Tanpa aku sedari, si chubby ni tengok aku dan berkata....

Chubby : Ok bang?... tak ok?...
Aku : Em?...
Chubby : Abang lah. Ok ke tak?..
Aku : Em.. Ok... Adik Ok?...
Chubby : Dah puas belum?... Boleh saya pergi sekarang?...
Aku : Belum, lagi 3 saat............ Ok, sekarang dah boleh....(senyum...)
Chubby : Terima kasih.(muka ketat nak mam.)

Mesti dalam hati dia menyumpah seranah aku, jumpa gang mengumpat pasal aku(tak baik tol aku bersangka buruk)hahaa... Ialah, dapat aku rasakan getarnya(cewah ayat), aku keluar kadai makan tu sambil bawa dulang makan lah kan, aku nampak dia tengah gelak dengan gang-gang dia pastu tengok-tengok aku lak tu. Tiada kegunaan betul, malu lah aku. Aku memilih meja paling hujung sekali, kalau ada meja yang diletakkan kat tempat parkir kereta aku makan kat sana, adoi. Aku makan sepantas yang aku boleh, walaupun hakikatnya aku jenis yang lembab masa makan.

Setelah rasa malu aku hampir hilang selepas peristiwa itu(seminggu gak rasenya), aku memulakan semula operasi aku yang tertangguh tu. Mana lagi nak cari Miss Perfume ni?, dah naik kebas hidung aku ni mencuri bau. Hari ni, dengan semangat baru(konon-konon), aku pergi kelas walaupun hakikatnya kelas hari ini agak membosankan. Setelah 3 jam dalam kelas, aku pun dibebaskan dengan ikat jamin bertempoh sebab petang tu ada lagi satu kelas yang sama. Dengan mata yang agak lebam, aku ingat nak cari benda sikit lah kan nak mengunyah yang boleh hilangkan rasa mengantuk ni. Masuk kedai, pusing-pusing ingat dah sampai tujuh kali dah pusing, tak tahu nak makan apa sampai lah kat satu tempat chocolate ni. Pilih-pilih, ambil chocolate, bau, letak, ambil yang lain,bau, letak balik. Sampai lah aku terambil sejenis chocolate ni, tak pernah aku tengok chocolate jenis ni. Tengok cop halal ada tak(em?..), ada boleh makan. Seperti yang lain-lain juga aku ambil berkat, bau. Ambil bau, aku pelik. Bau chocolate ni berbau macam perfume yang aku suka tu. Banyak kali juga lah aku bau, baunya memang sama. Tanpa aku sedari ada seseorang di sebelah aku tengah memilih-milih chocolate juga, makin dia dekat makin kuat bau perfume pada chocolate ni. Bila aku memandang dia, aku ternampak seorang perempuan berpakaian baju kurung berwarna putih, memiliki rambut paras bahu yang diikat rapi dan rupa paras yang agak menarik pada aku. Aku pergi serapat yang boleh, seperti biasa lah kan nak curi-curi bau sambil menengok-nengok aiskrim kat bahagian belakang yang bertentangan dengan bahagian chocolate tu. Menarik nafas sepanjang yang boleh. Sah!, memang ni lah bau perfume yang aku cari. Bagaikan dipukau, aku hanya berdiri tanpa bergerak macam orang tengah berkawad sambil menghidu bau perfume junior yang ada di belakang aku ni. Tetapi makin lama, bau ni makin hilang, makin hilang dan timbul lak satu bau yang tak leh blah. Aku toleh tengok, ada lah seorang cleaner lelaki Nepal ni tengah mengelap-ngelap. Adoi, memang potong gila, sakit wo hidung dengan bau beliau ni. Aku pun blah secepat-cepatnya, nak pergi cari junior tadi, mungkin ada kat counter. Sampai kat counter, takda pun. Tunggu sekejap(rajin lak aku menunggu), tetapi malangnya nasib, tak timbul-timbul junior tu. Aku pun bayar chocolate yang konon-konon bau macam perfume tu(hakikatnya tak pun) dan keluar kedai sambil pandang-pandang sekeliling, manalah tahu nampak junior tu, tapi takda pun. Takpalah, sekurangnya hari ni dah lepas rindu dengan bau perfume tu, dah dapat cam siapa tuan punya perfume tu dan aku pun mengoyakkan sampul chocolate, makan sambil menuju ke tempat melepak(tak baik makan sambil berjalan ok) sambil tersenyum. Harap-harap dapat bertemu lagi dengan "dia" itu, bukan apa, aku nak ambil bau je, serious lah nak ambil bau je(konon-konon).hahaa...

bersambung........



1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete