Tuesday, January 17, 2012

Pantang Lama, Pantang Alpa

Pantang Lama : Kepada suami yang isterinya mengandung, tak boleh mencederakan haiwan lain. Takut-takut anak yang bakal dilahirkan akan mengalami kecacatan.
Pantang Alpa : Suami-suami sekarang lagi syok main angry bird, isteri yang mengandung panggil pun tak dengar.

Pantang Lama : Jangan tunjuk pelangi dengan jari, nanti jari kena potong. Boleh tunjuk dengan benda lain, bibir ke, siku ke, mata ke.
Pantang Alpa : Oi.... aku tahu lah pelangi tu lawa, tapi yang ko pegi pijak kaki aku ni apa hal.

Pantang Lama : Anak dara jangan nyanyi kat dapur, nanti dapat suami orang tua.
Pantang Alpa : Dah ada member record video dan upload kat youtube / facebook. Sampai ke tua tak kawin.

Pantang Lama : Jangan lupa basuh kaki sebelum tidur, nanti mimpi benda-benda yang tak elok.
Pantang Alpa : Kawan dah ikat tali kasut pada ibu jari kaki korang yang tak basuh tu kat katil. Bila bangun, jalan, GANG.!...... PEDIH S****!.....

Pantang Lama : Jangan main sorok-sorok(sembunyi) malam-malam, nanti kena sorok dengan hantu "k****".
Pantang Alpa : Ada anak-anak remaja sekarang berdua-duaan "main" sorok-sorok. Camano tu?....



*Pantang apa lagi yang korang pernah dengar?. Pantang ni tak salah kalau nak ikut, selagi tak melanggar hukum agama. Kerana mungkin ada sebab kenapa pantang ni dicipta oleh nenek-moyang kita dulu. Itulah indahnya budaya melayu, bangsa lain aku tak tahu lak kalau ada pantang juga(tak pernah dengar).

3 comments:

  1. pernah tak dgr pantang larang yg kita tak boleh langkah choki-choki??

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum pernah dengar, kalau langkah taik ayam tu ada lah.... hahaa... ^_^" ...

      Delete
    2. hahaha..yeke?tak pernah dengar...:)

      Delete