Thursday, November 25, 2010

Maya Hidup Ku

Aku seorang lelaki berusia 28 tahun dan kisah ini berlaku kira-kira dua tahun yang lalu. Aku mempunyai seorang tunang yang aku memanggilnya Maria. Setelah bercinta selama tiga tahun kami memutuskan untuk bertunang. Di awal perkenalan kami, ketika itu kami di semester akhir disalah sebuah universiti awam di Malaysia. Banyak perkara yang membuatkan aku terpikat dengan Maria, antaranya ialah dia sangat memahami minat aku dan sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada aku. Dia juga pandai bermain gitar, salah satu hobi utama aku dan itu juga salah sebab aku terpikat dengan dia.

Maria juga mempunyai rupa paras yang mampu menawan naluri sesiapa sahaja yang bergelar lelaki dan disepanjang perhubungan kami, ramai lelaki yang mengganggu dan sedikit sebanyak menggugat perhubungan kami. Aku pun tak mengambil hal-hal yang remeh macam ni sebagai gangguan yang serius kerana aku sangat percayakan Maria, aku tahu dia hanya setia dengan aku seorang. Maria juga pernah berjanji dengan aku, "hanya awak di hati saya dan tak mungkin akan ada yang lain, saya takkan mengahwini lelaki lain selain daripada awak, takkan!". Masih terngiyang-ngiyang janji ini di telinga aku.

Banyak kenangan manis ketika kami bersama. Antara aktiviti yang selalu kami lakukan adalah menyanyikan lagu kesukaan kami sambil bermain gitar di tepi tasik sambil menikmati donut kegemaran kami. Kami juga mempunyai minat yang sama iaitu berkaraoke. Salah satu lagu kegemaran kami ketika karaoke ialah lagu Jangan ada dusta diantara kita, Broery Marantika & Dewi Tull. Manis dan bahagianya kami ketika ini hanya tuhan yang tahu.

Setelah hampir setahun kami bertunang, kami memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dan ketika ini kami pun sudah memasuki 26 tahun. Kedua-dua belah pihak nampaknya seperti merestui hubungan kami dan ini mempermudahkan segala persiapan untuk hari berbahagia kami itu. Ketika persiapan ini, aku dan Maria terpaksa berpisah. Aku terpaksa balik ke rumah parents aku di Kuantan dan Maria pula balik kerumah parents di Johor Baharu. Sunyinya aku rasa ketika ini, hanya hand phone tempat kami berhubung.

Selama aku di rumah ibu bapa ku, aku menolong apa-apa yang patut, buat hantaran, beli barang itu, barang ini. Dalam kesibukan ini tiba-tiba aku terasa kepala ku pening-pening, ini banyak mengganggu aku. Atas desakan ibu ku, aku pergi ke hospital untuk buat medical cake-up. Ketika doktor bertanyakan tentang macam-macam pasal background keluarga aku, aku berasa kan seperti ada sesuatu yang tak kena. Doktor menasihati aku supaya masuk wad untuk rawatan selanjutnya, aku pun berasa makin tak sedap hati, mungkin kerana muka aku yang agak pucat. Aku pun mengikut nasihat doktor dan aku pun dimasukkan ke satu wad yang berasingan dengan pesakit lain. Ketika di wad, ramai doktor yang datang dan ketika mereka berbincang di luar bilik, aku terdengar perlahan apa yang mereka bincangkan dan banyak "bahasa sains" yang mereka sebut tidak aku fahami. Aku pun merasa makin tidak sedap hati.

Pada petang itu, seorang doktor perempuan masuk ke bilik aku dan menerangkan kepada aku tentang tahap kesihatan aku. Dengan bahasa yang tersusun, lemah lembut dan jelas aku memahami setiap kata-katanya. Aku juga diminta untuk melakukan satu ujian sum-sum tulang dan darah ini diambil dengan menggunakan sejenis alat yang di cucuk pada tulang pinggul. Jika aku bersetuju, ianya boleh dilakukan pada esok pagi dan setelah berfikir sejenak dan bertanyakan bermacam-macam soalan, aku pun bersetuju.

Keesokan paginya, aku pun melakukan simple surgery ini tetapi selepas selesai aku terpaksa berbaring selama sekurang-kurangnya enam jam dan ini sesuatu yang membosankan dan agak sakit. Keesokan harinya aku pn dibenarkan pulang kerumah dan mesti datang seminggu selepas itu untuk mengetahui keputusan darah aku itu. Hari berganti hari, seminggu pun berlalu. Aku datang ke hospital seperti yang tertulis dalam buku temujanji hospital dengan ibu ku. Ketika berjumpa doktor, doktor menerangkan tentang darah aku yang diambil tu dan setelah penjelasannya yang berjela-jela tu dia pun berhenti tiba-tiba dan selepas kira lima saat, dia memberi tahu kepada ibu aku "anak makcik ni ada satu penyakit darah yang agak serius, penyakit ni dipanggil leukemia, kita perlu buat rawatan segera kalau tidak dia hanya mampu hidup dalam masa dua bulan je lagi". Aku dan ibu ku terdiam, aku hanya memandang kearah ibu ku. Aku ternampak air mata ibu ku menitis, bertapa hancur luluhnya hati aku ketika itu melihatkan ibu aku yang menangis disebabkan aku.

Ketika ini aku hanya menguatkan semangat aku dengan tidak memikirkan bukan-bukan. Aku hanya berfikir, aku akan baik semula, aku masih mampu berjalan, tak mungkin aku boleh hidup dua bulan je lagi, aku mampu lawan sakit ni dan tanpa aku sedari air mata aku menitis. Aku merasa sangat sedih, hanya yang mampu aku lakukan adalah menelifon tunang aku untuk melepaskan kesedihan. Beruntungnya aku rasa kerana dapat seorang tunang yang dapat memberikan aku kata-kata semangat dan meredakan kesedihan aku. Setelah segala kata-kata semangant diberikan oleh orang yang aku sayang, aku pun kembali berkeyakinan untuk melawan sakit ini. Dengan mengikut nasihat doktor, aku pun masuk ke wad untuk rawatan dengan berbekalkan semangat daripada orang yang aku sayang. Wad yang aku masuk kali ini lagi jauh daripada pesakit lain, lebih banyak alat-alat yang pelik, lebih menyeramkan dan pelawat tidak dibenarkan sebarangan untuk masuk.

Sepanjang rawatan ini, seluruh badan aku menjadi tidak bermaya. Untuk membuka mata pun menjadi satu perkara yang sangat sukar bagi aku, apakan lagi untuk mandi, makan, solat termasuklah untuk menaip sms untuk orang yang paling aku rindu ketika ini. Mujurlah ibu aku sentiasa ada disisi ku sepanjang proses rawatan ini sehinggakan kesihatan ibu aku pun terganggu kerana bilik ini sangat sejuk dan sukar untuk tidur di atas kerusi. Setelah hampir sebulan, aku pun sudah hampir pulih daripada rawatan pertama ini dan aku pun dibenarkan pulang kerumah untuk seminggu kerana terpaksa menjalani rawatan yang sama untuk beberapa kali lagi dan doktor memberi tahu mungkin ini mengambil masa setahun untuk betul-betul pulih.

Selepas dapat keluar hospital, aku pun berasa sangat gembira dan perkara pertama yang aku lakukan sesampainya di rumah ialah menghidupkan hand phone aku yang hampir sebulan mati. Semasa proses itu, aku hanya memikirkan "mesti banyak msg dari maria ni" sambil aku senyum kegembiraan. Hand phone hidup, aku  merasa pelik, cuma ada satu sms "awak macam mana sekarang?.." aku terus menunggu dan aku berfikir mungkin sms yang lain tu lambat masuk. Setelah lama, tiada apa. Aku pn tak berfikirkan apa-apa. Aku membalas sms itu....

Aku : "saya dah dapat keluar hospital ni, rindunya kat awak!.."...
Maria : "oh... bagus lah...."..
Aku : "tu je ke?. awak tak rindukan saya ke?. saya rindu sangat kat awak sekarang ni... sangat2!!!."..
Maria : "awak, nanti kita msg lagi boleh tak?."
Aku : "em... ok... mesti awak penatkan... rest cukup2 tau... saya rindu, sayang sangat kat awak"...

Selepas tu, tet....................... hampir dua hari aku hantar sms tetapi tak di dibalas,call apakan lagi. Hari ketiga tu barulah aku nampak satu sms dengan nama dia, terasa bersemangat nak baca.

Maria : "awak, saya benda nak bagi tahu ni."
aku : "saya tahu dah, awak nak cakap awak cintakan sayakan?, saya pun. hehee... apa dia sayang?."
Maria : "awak, ni untuk masa depan saya. Saya tak boleh nak teruskan hubungan dengan awak lagi, nanti    ada wakil saya datang untuk putuskan pertunangan kita."
Aku : Ya Allah!!!... kenapa tiba-tiba ni awak?!... tak sangka awak akan cakap macam ni. Saya sayangkan awak!. Mesti ada orang yang paksa awak cakap macam ni kan?."

Tet............................................................................................................................. Selepas dua minggu selepas sms itu, ada wakil keluarga Maria datang ke rumah aku dan ketika ini aku berada di hospital berjuang untuk hidup dan mati dengan hati aku yang dah hancur, aku menangis dan terus menangis sehingga tangisan aku disedari oleh seorang stuff nurse.

"Awak sabar tau, awak antara orang-orang penyabar yang dipilih oleh Allah untuk menerima dugaan ini". Aku pun tersentak dengan kata-kata stuff nurse itu, mukanya aku tidak pernah nampak sepenuhnya kerana dia sentiasa memakai mask. Ketika ibu aku tiada, stuff nurse ini lah yang banyak menolong aku. Pernah pada satu malam, aku tiba-tiba demam, suhu badan aku naik sangat tinggi, ketika ini ibu aku tiada. Bagaikan telah tertulis, stuff nurse itu datang. Dia meletakkan tangannya pada dahi aku, "awak demam ni.". Dia membasahkan kain dan meletakkan di dahi aku, tiada apa yang aku fikirkan ketika ini hanya merasakan basahnya kain di dahi aku itu. Setelah berulang-ulang kali kain basah itu ditukar, demam aku pun semakin reda dan tanpa aku sedar aku tertidur. Bangun tidur keesokan harinya, aku kembali keseorangngan, aku tidak nampak lagi stuff nurse tersebut selepas peristiwa itu.

Masa berganti masa, bulan berganti bulan, hampir setahun aku melawan penyakit ini. Akhirnya aku pun telah sembuh sepenuhnya. Ketika ini aku hanya ingatkan bekas tunang aku itu, Maria. Aku selalu pergi ketempat kami biasa pergi dulu. Bagaikan sudah menjadi kebiasaan aku membeli donut, duduk ditepi tasik sambil bermain gitar. Cuma kali ini aku berseorangngan. Aku menangis berseorangngan, tiba-tiba aku terdengar suara seorang perempuan "awak sabar tau, awak antara orang-orang penyabar yang dipilih oleh Allah untuk menerima dugaan ini". Aku tersentak... "kau sape?!. aku kenal ko ke?." aku terlihat seorang perempuan memakai pakaian putih dengan rambut panjang melebihi bahu. Terdetik diingatan aku dengan kata-kata perempuan itu....

Si baju Putih :"ni saya lah..." .
Aku :"eh?.. awak stuff nurse tu ke?."...
Si baju putih :"iye lah, tak kan dah lupa?."...
Aku :"tak lah, cuma nampak lain."...
Si baju putih :"lain ke?.. em...sedap awak main gitar tadi...ajar saya boleh?." (sambil senyum.)
Aku : "terima kasih, serius ke ni?."
Si baju putih : "serius lah, ajar lagu yang awak main tadi."

Sepanjang petang itu aku hanya mengajar dia bermain gitar sambil makan donut-donut tu. Sampaikan nama dia pun aku terlupa nak tanya petang tu. Lama-kelamaan hubungan kami semakin rapat dan sekarang ni, Si baju putih ni pun dah jadi kekasih aku. Nama dia Maya, dia lah Maya dalam hidup aku sekarang, lagi cantik daripada Maria dulu tu kot. Kami dalam mood yang sangat-sangat gembira sekarang.





P/s : Cerita ini berkisarkan daripada seorang kawan yang senasib dengan aku, tidak 100% seperti yang diceritakan tetapi ianya menggambarkan apa yang ada dalam fikiran aku. Percayalah, Tuhan tidak menguji hambanya tanpa sebab-sebab yang telah Dia ketahui. Jadikanlah kisah ini sebagai satu pengajaran, pemberi semangat.

Al-fatihah untuk kawan aku, kerana dia telah pergi menghadap Ilahi...

2 comments:

  1. sedih kisah ni...mcm kisah orkid..
    farit ce baca cerpen ni then comment ea hihi

    http://dakwatsotong.blogspot.com/2011/11/nukilan-suria-semalam.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dah baca, menarik kisah ni..... tapi susah sikit nak faham maksud tersiratnya....... btw, thanks...

      Delete