Friday, November 26, 2010

Mak.... Abang rindukan mak.!...

Jam dah menunjuk pukul 3:05 pagi, mata dah agak mengantuk, kepala aku terase pening sikit tetapi aku susah untuk lelapkan mata. Semakin aku cuba nak lelapkan mata, makin tinggi rasanya rindu ini pada mak. Sambil mendengar lagu dun-dang,dun-dang di radio aku menaip kisah aku ini. Harap cerita yang aku taipkan ini dapat memberi manafaat atau keinsafan kepada sesiapa sahaja yang bergelar anak. Sangat gembira sekiranya ada sesiapa yang sudi membacanya sehingga habis.





Semasa kecil - Aku pun tak ingat peristiwa ini kerana aku masih terlalu kecil waktu itu untuk ingat perkara yang aku kira penting dalam hidup aku ini, mak aku yang ceritakan ini kepada aku. Masa ni mak aku tengah mandikan aku, sesiapa yang hidup di kampung mesti tahu bilik air di kampung macam mana rupanya, atas tanah, tanpa mosaic, tanpa air panas, ketika ini keluarga aku masih belum mampu membeli mesin basuh baju. Setelah selesai memandikan aku, mak akan menjalankan tugasnya yang seterusnya, membasuh baju menggunakan tangan. Aku diletakkan di atas simen yang agak tebal dan sacara kebetulannya ada seekor katak lalu berhampiran dengan aku. Aku pun dengan tiada rasa geli mengambil katak itu dan membawanya kepada mak aku yang tengah asyik membasuh. Apabila sampai dekat dengan mak, aku pun berkata "nah....", mak aku dengan riaksinya yang terperanjat menjerit "EI!!!... BUANG!!!!.....". Tetapi aku masih terlalu kecil untuk memahami arahan ini dan masih mengulangi ayat aku yang sama, "nah.... nah... nah...." dan mak aku pn, "BUANG!!!!!!!!!!..............". Setiap kali mak aku nampak katak mesti dia ceritakan cerita ini, tak kira sesiapa pun ketika itu. Aku tiap kali ingatkan cerita ini, pasti aku akan tersenyum keseorangngan, sedih pun ada.



Umur 15 tahun - Pada suatu petang itu, aku melihat mak aku sibuk mengumpulkan kayu-kayu lama di halaman rumah. Aku dengan perasa ingin tahunya menanyakan mak, "nak buat apa dengan kayu-kayu ni?". Mak : "Ni, mak ingat nak buat pagar kat depan rumah ni. Pastu boleh tanam pokok orkid kat bawah-bawah tu, lawa kalau dia menjalar naik kat atas pagar ni nanti. Aku : "Lawa ke?, dah ada orang buat ke?." Mak : "Takda lagi, kita buat lah dulu. Dah, mai tolong mak ni". Aku : "Boleh, tapi nak upah. hahaa..." Mak : "Em... tak habis-habis, yelah, nanti mak bagi". Hampir sepetang itu aku dengan mak aku menyiapkan pagar-pagar tu sampai ke senja. Proses menanam pokok-pokok orkid tu keesokan harinya dan selepas siap menanam, menyiram dan membaja, pada malam harinya aku mendapat upah 20 ringgit, em... aku pun dah lupa aku buat apa dengan duit tu. Hari ke hari, pokok-pokok orkid tu pun mulai hidup, mulai menjalar dan makin cantik apabila berbunga. Aku pun terfikir balik kata-kata aku, "cantik ke?.", rupanya imaginasi mak aku lagi hebat daripada aku. Tapi sayangnya, pagar-pagar ini sudah tiada lagi sekarang. Bila aku tengok depan rumah aku, terasa nak buat balik. Tapi aku fikirkan, "aku nak buat dengan siapa?, takda semangat aku nak buat sorang-sorang".



Umur 18 tahun - Ketika peristiwa ini, aku baru seminggu diterima masuk ke universiti. Sebelum aku melangkah ke alam universiti ni, aku hanya budak kampung biasa, tak biasa dengan hidup di bandar dan baru nak belajar hidup berdikari. Terasa sikit bebas daripada kongkongan, baru-baru belajar nak jalan malam, baru-baru nak belajar couple. Malam ni adalah date pertama aku dengan seorang gadis ni, terasa sangat teruja, tak tentu arah nak pakai apa. Tepat pukul 8.00 malam, aku pun turunlah daripada rumah aku untuk berjumpa gadis ni. Jalan punya jalan dengan gembira ni,  aku pun ternampak lah gadis itu sedang menunggu aku, bertambah gembira rasanya, macam ada orang yang menggeletek pinggang ni. Dengan langkah yang sederhana laju dan jantung yang makin laju berdegup aku menghampiri. Sesampai saja di hadapan gadis itu, hanya perkataan "hai..." yang terlintas di fikiran untuk aku ucapkan dan belum sempat dia menjawab sapaan aku, hand phone aku berbunyi dengan nama ibu tersiar. Aku pun dengan sopannya memohon kebenaran untuk jawab call tersebut, biasalah date pertamakan. Perbualan tersebut:-

Aku : "Assalamualaikum mak... hehee...".
Mak : "Waalaikummussalam, abang buat apa ni dah makan ke belom?".
Aku : "Belum lagi, ni nak keluar makan lah ni."
Mak : "Oh, dengan siapa tu?".
Aku : (Tersentak aku dengan pertanyaan ini) "Dengan kawan mak."
Mak : "Kawan lelaki ke perempuan?."
Aku : (Makin tersentak) "em............... kawan perempuan mak".
Mak : "Perempuan mana tu?."
Aku : "Kawan satu universiti abang ni mak".
Mak : "Kawan-kawan takpa lah. Abang tu jangan nak bercinta lagi, belajar bagi habis dulu, nanti pelajaran tah kemana, asyik nak bercinta je. Dah ada kerja, ada rumah, ada kereta baru boleh bercinta. Tak malu sangat mak nak meminang anak dara orang".
Aku : (hanya ini yang mampu aku jawab) "em...."
Mak : "Dahlah gi makan tu, keluar dengan anak dara orang jangan nak buat yang tak elok".
Aku : "Eh, takkanlah macam tu, mak ni".
Mak : "Baguslah macam tu, jaga diri elok-elok, Assalamualaikum".
Aku : "Em... Waalaukummussalam".

Tapi pada malam itu aku tetap teruskan juga date pertama aku itu dan lebih kurang sebulan lepas peristiwa ini aku pun bercouplelah dengan gadis ini. Tapi bercinta punya bercinta, pelajaran aku makin merosot. Banyak assignment aku yang tertangguh. Aku terfikirkan balik kata-kata mak aku, rupanya dia lebih memahami aku lebih daripada diri aku sendiri. Setelah berfikir panjang, aku pun membuat satu keputusan yang aku sendiri tak tahu betul atau tidak. Aku memutuskan hubungan aku dengan gadis ini di saat perasaan cinta kami masih membuak-buak. Walaupun peristiwa perpisahan yang menyedihkan ini sudah bertahun-tahun berlalu, tetapi aku masih sayangkan gadis ini. Tapi sayangnya sekarang, dia dah ada kekasih lain dan aku berfikir, masihkah patut aku menunggu dia sampai sekarang. Patutkah?.



15 March 2010 : Pada hari isnin ini, aku terpaksa pergi ke hospital yang paling hampir dengan rumah aku dengan membawa surat daripada seorang doktor pakar disalah sebuah hospital di ibu kota untuk mendapatkan rawatan susulan. Aku pun tidak merasa apa-apa yang perlu dirisaukan sangat, kerana aku merasa diri aku taklah sakit teruk sangat cuma pening-pening biasa. Setelah agak lama menunggu giliran, nombor aku pun dipanggil dan dengan adat melayunya mengucapkan salam, bersapa khabar. Aku menyerahkan surat surat itu kepada doktor perempuan itu. Doktor mengambil surat,  membuka, membaca dan kemudiannya menghelakan nafas sambil memandang ke arah aku. Aku mengatakan dalam hati, "apehal lak doktor ni?", aku mula merasa tidak sedap hati. Setelah selesai membaca "suarat cinta" tersebut, doktor itu tediam sejenak nak memulakan perbualan dengan ibu aku dan aku hanya berdiri sebagai pendengar. Setelah penjelasan menyimpang yang berjela-jela, doktor tersebut pergi ke bahagian terpenting dalam perbincangan itu. "Anak makcik ni ada satu penyakit darah sebenarnya, penyakit ni dipanggil leukemia, anak makcik ni perlu rawatan segera, em.... kalau tak dia mampu hidup dua bulan je lagi". Aku hanya terdiam mendengar ayat yang paling menyakitkan hati yang pernah aku dengar sepanjang aku hidup sebab ayat ini telah membuat mak aku menangis. Keesokan harinya, aku mulai menjalani rawatan yang sangat menyakitkan. Sepanjang berbulan-bulan di hospital, mak akulah peneman aku yang paling setia, tidak pernah keluar daripada bilik wad aku walaupun sekejap. Sebulan sekali aku dibenarkan keluar wad selama seminggu dan selepa itu terpaksa masuk semula ke wad untuk menyambung rawatan. Di rumah, macam-macam mak aku masakkan untuk aku, kadang-kadang tu sampai tak habis makan.

(Kebetulan ketika ini, lagu Aizad-Pergi berkumandang di radio, seakan menemani perasaan aku di waktu ini.... T_T .. Jika aku mainkan dengan gitar sambil nyanyi lagu ni mesti aku ingatkan mak.)



30 Ogos 2010 - Seperti biasa setelah sebulan "bertapa" di hospital aku dibenarkan pulang, tapi kali  ini lebih lama daripada biasa kerana penyakit aku ini sudah banyak membaik, cuma perlu rawatan susulan. Kegembiraan aku kali ini lebih daripada kebiasaannya kerana ketika ini bulan puasa dan kira-kira dua minggu lagi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan menambahkan kegembiraan lagi, rumah mak abah aku baru siap direnovate, raya kali ini dengan rumah berupa baru. Walaupun berdebu, aku menolong juga mak dan abah aku mengemas rumah, membentangkan tikar baru. Kadang-kadang mak aku terbatuk dan mengeluh sakit dada, mungkin perkara biasa sebab berdebu.



3 September 2010 - Tiada apa-apa yang istimewa sangat hari ini, cuma hari ini aku berbual-bual dengan mak aku sesuatau yang aku merasakan ianya pelik.

Mak : "Abang nanti dah baik sakit nak kerja kat tempat tu lagi ke?".
Aku : "Em... tah lah mak. Rasanya nak kerja kat lain kot".
Mak : "Baguslah, carilah kerja yang dekat-dekat sikit dengan rumah. Boleh selalu tengok-tengok mak".
Aku : "Tulah, abang rasa macam tu juga".
Mak : "Abang bila nak kawin?, kawin-kawin je lah abang, nanti ada orang jaga, hehee...".
Aku : "Hahaa... lambat lagi kot, umur 30 ke, 32 ke nanti abang kawinlah".

Istimewa rasanya perbualan ini, tak pernah mak aku bertanyakan soal kawin. Sebelum ni bukan main melarang lagi, mungkin sebab aku dah berkerja.



4 September 2010 - Selepas beberapa hari di rumah, hampir semuanya sudah dikemas, dibentangkan cuma perlu memasukkan barang-barang perabut ke tempat-tempat yang sepatutnya. Hari ini, batuk dan sakit dada mak aku makin melarat nampaknya. Setelah mengangkat semuanya, tinggal satu lagi almari untuk diangkat dan almari ini agak berat, memerlukan banyak kuderat untuk mengangkat dan mengalihkannya. Aku dan mak disebelah, abah aku pula di sebelah satu lagi. Bagikan masalah yang besar, almari digerakkan perlahan-lahan ke tempatnya. Hampir sampai, mak aku melepaskan angkatannya dengan tiba-tiba dan berkata, "ah.... duduk kejap, sakit dada ni". Aku dengan tersentaknya oleh beban berat almari itu berkata, "alah mak, sikit je lagi ni", dengan suara yang agak kuat. Setelah almari itu terhempas ke lantai, aku mengesat peluh-peluh yang keluar. Belum pun sempat habis mengesat peluh, mak aku menjerit, "abah!, tolong abah!". Aku dan abah tiba-tiba tersentak dengan jeritan itu, melihat ke arah mak yang terbaring dan hampir-hampir pensan. Kebetulan ketika ini, adik lelaki aku yang belajar baru sampai di rumah untuk bercuti raya. Setelah menyapu minyak angin dan segala yang patut, aku menggesa abah aku untuk membawa mak ke klinik. Sepanjang perjalanan ke klinik ini, aku hanya menggemgam erat tangan mak aku yang sejuk di tempat duduk belakang, abah memandu dan adik aku disebelahnya. Kebetulan hari ini hari sabtu, klinik kerajaan tutup dan kami membawanya ke klinik swasta. Tidak menunggu lama, nama mak aku dipanggil masuk ke bilik doktor. Mak masuk dengan abah, aku dan adik hanya tunggu diluar. Selepas agak lama juga kat dalam bilik doktor tu, mak dan abah aku keluar dengan membawa satu surat di tangan abah aku. Abah aku cakap, "kita kena bawa mak ke hospital cepat ni, doktor cakap tekanan darah mak rendah sangat". Setelah mengambil barang-barang wad yang telah sedia ada (barang-barang wad aku) di rumah, mak pun dibawa oleh adik dan abah ke hospital. Aku tak dibenarkan ikut oleh abah aku sebab aku pun baru keluar hospital, kepala aku pun masih pening-pening lagi. Selepas bersalam dan berkata pada mak, "maaf mak ya... abang tak dapat nak ikut..", mak aku hanya melihat aku dengan lemah dan dibawa pergi ke hospital. Aku keseorangngan di rumah dengan perasaan risau sambil menghantar sms kepada adik-beradik aku yang lain. Mereka tiba pada sebelah malamnya.



5 September 2010 - Hari ini, kakak sulung aku, kak ngan dengan mak saudara pergi melawat mak aku di hospital. Aku hanya duduk di rumah dan berfikirkan segala yang positif. Pada sebelah malamnya, hati aku terasa rindu sangat nak berbual dengan mak. Selepas selesai solat isya', aku pun mengambil hand phone aku dan menekan button hijau di papan kekunci setelah nombor yang aku save dengan nama "Ibu" terpamir.

Aku : "Assalamualaikum mak, mak macam mana? bila boleh kluar?".
(dengan suara yang ceria mak menjawab.)
Mak : "Waalaikummussalam, mak dah ok dah, tak tahu lah bila dapat keluar.... em..... tak sempatlah nak buat nasi dagang raya ni nampaknya....".
Aku : "hehee... risaukan nasi dagang pulak.... abah mana?".
Mak : "Abah turun bawah. Akak dengan lain-lain baru je balik tadi, sedaplah berbuka puasa ramai-ramai".
Aku : "Baguslah, makan lah banyak-banyak. Esok kalau akak datang abang suruh bawa petai ea, mak kan suka petai".
Mak : "Hahahaaa... nak buat apa?. takyahlah malu kat orang je abang ni..."
Aku : "Hahahaa... saja je, mak kalau ada petai lagi banyak makan.."
Mak : "Takyahlah... hahaaa... ni pesan kat akak, kalau dia datang esok, suruh dia datang awal sikit, mak nak mandi pagi".
Aku : "eh?.. kan abah ada?.."
Mak : "Abah lelaki, mak nak mandi dengan perempuan..."
Aku : "Em... yelah.... nanti abang cakap dengan akak..."
Mak : "Abang tu jangan lupa makan ubat..."
Aku : "em.. malas lah... ubat tak best... hehee....."
Mak : "Haah, yelah... Mak dah lah takda. Makan ubat tu...."
Aku : "Hehee... yelah..... Em.. oklah mak.. esok-esok abang telifon lagi ya...
Mak : "Yelah... Jaga diri elok-elok.... Assalamualaikum....)
Aku : "Waalaikummussalam..."
Mak : "Jaga diri elok-elok...."

Akhir perbualan, aku merasa tenang sangat dapat dengar suara mak aku ceria semula. Tulah selalunya pesanan terakhir mak aku sebelum memutuskan talian perbualan, "jaga diri elok-elok...", kadang-kadang sampai berkali-kali diulangnya.



6 September 2010 - Hari ini hari isnin. Selepas sahur, mata terasa tak teringin untuk tidur lagi. Di pagi ini aku hanya menonton television sehinggalah bahang pagi sang mentari memanaskan rumah untuk mengejutkan kak long dan yang lain-lain. Tepat pukul 8.15 pagi, kak long aku bertolak ke hospital. Di rumah ketika ini hanya aku, kak ngan, anak saudara dan adik lelaki aku yang ada. Sedang asyik menonton telivision sambil melayan kerenah anak saudara aku, telefon rumah berbunyi. Jam menunjukkan pukul 9.05 pagi, aku fikirkan mesti kak long aku yang telifon, dah sampai ke hospital dan mungkin mak aku dah dapat keluar hospital. Tetapi ini adalah panggilan daripada abah aku, ketika ini kak ngan aku yang menjawab panggilan. Aku hanya mendengar dari jauh apa yang kak ngan aku cakapkan, "Aaa??!... Abah biar betul abah??!!!... Biar betul abah?!!!!.", aku pun mula terasa tak sedap hati dengan kata-kata kak ngan aku itu. Ganggang telifon diletakkan, dengan air mata yang telah membasahi pipi kak ngan aku berkata, "Abang.................. Mak dah takda............". Bagaikan telinga aku dilempang, aku hanya mendengar desingan yang panjang selepas itu. Aku : "Eh?... Biar betul angah.....", Angah : "Betul abang, abah baru cakap ni....". Air mata aku dengan sendirinya mengalir, aku terasa sakit sangat dada ni!. Lama-kelamaan, rumah semakin ramai dikunjingi jiran-jiran, saudara mara. Adik bungsu dan atih aku sampai selepas zohor. Jasat arwah mak aku sampai pada pukul 3.15 petang itu. Aku menangis tak henti-henti, cuba aku tahan, tapi aku hanya manusia yang sangat lemah apabila melihat orang yang aku sayang sudah terbaring tak bernyawa. Aku tak percayakan apa yang berlaku ini, aku berkata dalam hati, " argh!... ni semua mimpi je ni.... bila kau bangun tidur nanti oklah semua ni....". Tapi malangnya semua tak seindah itu.



10 September 2010 - Hari ini hari raya aidilfitri, tapi pada aku ianya hanya hari yang sangat menyedihkan. Selepas bangun solat subuh pagi itu, aku hanya terbaring di bilik sambil menangis tak henti. Untuk menghilangkan rasa sedih, aku memaksa diri aku untuk tidur sehinggakan aku terlepas untuk solat sunat aidilfitri di pagi tu. Aku rasa kalau aku pergi, mesti air mata ini tidak akan berhenti mengalir apabila mendengar takbir raya. Raya tahun ini adalah raya paling teruk pada aku.



Selepas 6 September 2010 sampai sekarang - Tiada lagi pesanan "jaga diri elok-elok", tiada lagi kata-kata semangat buat aku daripada orang yang paling aku sayang, tiada lagi teman untuk buat pagar orkid yang cantik. Hanya rasa sedih yang menyelubungi aku sekarang. Aku tak sempat nak cakap "mak... ampunkan dosa-dosa abang...." di pagi raya yang selalu menjadi adat kebiasaan. Aku menangis tak terhingga sehinggakan pernah satu ketika aku menangis sehingga aku demam. Memang tidak elok banyak menangis untuk orang yang sudah tiada, tetapi aku tak mampu melawan perasaan ini. Sehinggakan aku memohon doa daripada-Nya supaya memberikan aku kekuatan lawan perasaan ini dan aku juga memotivasikan diri aku sendiri, "mak... abang berjanji, selagi abang bernyawa... abang akan sentiasa doakan mak....".




P/s : Cerita ini aku karangkan 100% daripada pengalaman sebenar hidup aku bertujuan untuk memberi keinsafan kepada anda yang membaca dan aku harapkan ianya mampu memberikan kesan terhadap rasa sayang, cinta anda kepada insan yang bergelar mak. Aku mohon jasa baik korang semua, sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah ibu aku.

Terima kasih.

11 comments:

  1. hmmm.. bila akk membaca cerita nie akk pun menangis...akk doakan yg awk akn sentisa kuat dan sihat untuk menempuh segala dugaan yg diberikan oleh Nya.. tabah kan hati adikku...

    ReplyDelete
  2. Zuan : ni pun aku dah singkatkan ni... yang ko datang beraya kat umah aku, aku tak masuk kan ni...boleh buat novel kalau taip nanti...hehee...

    Kak Nurul : terima kasih sudi baca.... InsyaAllah, saya sentiasa memohon daripada Allah, agar memberi ketabahan pada saya untuk menempuh semua dugaan ni...

    ReplyDelete
  3. Sedihnya,perjalanan hidup awak..sy doakan,ibu awak ditempatkan dikalangan org2x beriman..amin..kisah ni boleh motivasikan kpda sesiapa yg membacanya..tq

    ReplyDelete
  4. Syiqein : Memang itu niat saya asalnya, agar cerita saya ni dapat memberi motivasi pada sesiapa yang masih ada mak. Sayangilah selagi boleh. Terima kasih sudi baca.

    ReplyDelete
  5. as salam dik,
    bru bca blog nih .
    akk pon da merasa kehilangan tpi seorg ayah . jadi kalau kita dah kehilangan maka kita curahkan segalanya pada yang masih hidup . kuat semangat .hanya yang pernah kehilangan yang tahu apa yang kita rase . moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman amin .

    ReplyDelete
  6. Waalaikummussalam... terima kasih sudi baca dan comment... saya sekarang semakin mencuba untuk kuatkan semangat... semoga kita sama-sama diberikan kekuatan oleh-Nya... ^_^" ...

    ReplyDelete
  7. be strong buddy. semoga Allah merahmati roh arwah ibu kau. insyaAllah.

    ReplyDelete
  8. kau jaga diri elok2 bro,masih di shah alam or da di pahang???first date kau tu da tunang kau taw kan...tp bukan ngan bf selepas kau,ngan org lain...ape2 pon bro,aq selalu doakan kesihatan kau...be strong bro...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tahu bro.... jodoh dia dengan orang lain nak buat macam mana kan.... ^_^" ...

      Delete